Saturday, December 17, 2011

Seri Muka

bahan A (lapisan bawah)
300gm or 1 1/2 cawan beras pulut jepun or siam basuh - basuh, toskan & ketepikan
100ml pati santan pekat (1/4 tin pati santan pekat dlm tin)
100ml air  
1 sk garam

cara-cara
sediakan bahan A campurkan beras pulut,pati santan pekat, air dengan garam kacau rata dalam zip lock plastic container jenis tahan panas, tutup dengan plastic wrap, preheated selama 5 minit, keluarkan, buka, serih pulut, sekirannya pulut kurang masak atau kering sila letak sedikit air, tutup balik plastic wrap balik preheated selama 2-5 minit lagi atau  hingga secukup masak dalam microwave oven, apabila pulut masak tuang pulut yang telah dimasak tadi ke dalam springform pan anggaran size 20cm. Tekan pulut dalam hingga rapat, ketepikan sediakan bahan B seperti cara-cara dibawah...

bahan B (lapisan atas)
3 biji telur size
2 sk pandan paste
sedikit perwarna hijau
sedikit pewarna kuning
180gm or 3/4 cawan gula
300ml (3/4 tin pati santan pekat dlm tin)
2 sb tepung jagung
2 1/2 sb tepung gandum



cara-cara
  1. Sediakan bahan B campur kesemuanya kemudian dikacau dengan pemukul telur supaya ia tidak bergentel, jika perlu tapis
  2. Masak adunan custard tadi dengan menggunakkan kaedah double boiler, kacau hingga ia mula pekat, tutup api, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah ditekan rapat tadi, kukus selama 25 minit atau hingga masak dengan menggunakan api perlahan supaya ia tidak berbuih dan mengelembung
  3. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan
  4. Note : sila guna cawan matrik sukat bahan, boleh juga sukat bahan guna cawan yg disukai, pandai2lah agak2 sendiri sukat bahan lebih kurang sama berat timbangannya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails