Tuesday, November 22, 2011

Beef Rendang

bahan A
1 kilo daging – potong sederhama nipis, basuh, toskan, ketepikan   

bahan B – blend  
10 serai – mayang halus – bhg hujungnya dititik – ketepikan
330gm bawang besar – kupas kulitnya, basuh, potong
100gm halia muda – basuh, kikis kulinya, potong
50gm bawang putih – kupas kulitnya, basuh, potong  
30gm cili kering – basuh, blend terus
sedikit air utk blend semua bahan B  

Bahan C
minyak masak secukupnya utk menumis
2 small packs inst. coconut milk powder
2 caw air panas utk dijadikan kuah – bancuh dgn inst. coconut milk powder, ketepikan
30gm serbuk kari kurma
1 keping asam gelugur – basuh, ketepikan
10 helai daun limau purut kering – basuh, rams sikit, ketepikan
Sehelai daun kunyit – basuh, koyak-koyakan, ketepikan
sedikit garam @ suaikan rasa
1 sk rata gula putih @ suaikan rasa
4 sb rata gula merah @ suaikan rasa
sedikit ajinomoto

cara-cara
sediakan bahan A, ketepikan, blend bahan B, ketepikan, sediakan bahan C ketepikan, panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan B hingga naik sedikit bau, masukkan daging, bila daging mula mendidi dan keluar air, tuangkan instant coconut powder, masukkan asam gelugur, taburkan gula putih dan gula merah ke dalamnya dan tuangkan air panas kedalamnya, masak daging dengan api sederhana perlahan hingga daging masak separuh masak, terus tuang serbuk rempah kurma, gaul-gaul kan masak lagi hingga mendidih, taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai,  suaikan rasa dengan sedikit ajinomoto masak hingga daging empuk dan kuah rendang masak secukupnya, berminyak dan pecah minyak, suaikan rasa dengan garam secukupnya, hidangkan        

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails