Wednesday, October 5, 2011

Rendang Daging

bahan-bahan
  • 1 kg daging - basuh, toskan, potong besar-besar  
  • 142gm hirisan serai @ 8-10 batang serai segar - size paling besar, hiris @ mayang nipis, lebihan bahagian hujung serai - dtitik @ tumbuk hujung sikit
  • 80gm hirisan nipis lengkuas segar @ seketul anggaran segenggam paling besar
  • 80gm hirisan halia muda segar @ seketul anggaran segenggam paling besar
  • 232gm hirisan bawang besar @ hirisan bawang kecil @ 1 bawang holland size xl paling besar sekali
  • 44gm hirisan bawang putih @ 7-8 ulas paling besar sekali 
  • 16gm hirisan ubi kunyit segar @ sebesar ibu jari
  • 30-50gm cili kering - ikut pedas
  • 1 sb rata garam halus
  • sejemput kecil gula
  • sedikit ajinomoto
  • 1-2 pack inst. coconut milk powder @ drpd 1-2 biji kelapa parut (1 pack sebiji kelapa)
  • minyak masak secukupnya untuk menumis @ 1 cawan @ 200ml
  • 250ml @ 1 1/2 cawan air
  • 1-2 helai daun kunyit segar - koyak-koyakan
cara-cara
basuh cili kering, tidak perlu potong atau buang bijinya cuma letak dalam periuk yang sesuai,  tuang sedikit air terus rebus hingga lembut, basuh, ketepikan, belend semua bahan-bahan potong dengan 250ml air, panaskan minyak tumis sekejap sahaja 2-3minit semua bahan blend tadi, bila mula naik bau terus masukkan daging, perlahankan api yang paling kecil sekali, masukkan inst. coconut milk powder, gula serta sedikit ajinomoto, gaul rata, tutup periuk, sekali sekala buka tudung periuk kacau supaya ia tidak berkerak, renih hingga daging masak secukupnya atau hingga lembut dan empuk, taburkan garam, masukkan daun kunyit yang telah dikoyakkan tadi dan bahagian hujung serai yang telah dititk tadi, renih lagi rendang hingga kuahnya sederhana pekat dan naik bau wangi, hidangkan   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails