Monday, October 24, 2011

Biskut Miyak Sapi

bahan-bahan
250gm tepung gandum
125gm gula halus
70gm minyak sapi - dicairkan
7sb butter
sedikit perwarna biru, hijau, kuning, merah, dan oren

cara-cara
gaul tepung gandum bersama gula hingga sebati, tuang minyak sapi cair gaul rata, masukkan butter uli adunan hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 6 bahagian, ketepikan satu bahagian dan warnakan lagi 5 bahagian dengan lima warna, bentangkan baking paper, panjangkan setiap doh atasnya lebih kurang sebesar ibu jari, susun memanjang setiap satu diatas baking paper tersebut, kemudian gulung doh buka baking paper, twist sikit doh, potong setebal 1/2 ruas jari kelingking,  bulat-bulatkan hinga habis, alas dengan baking paper yang sama ke dalam dulang pembakar, susun kuih, bakar pada suhu 170C selama 9-12 mint atau hingga secukup masak, keluarkan dan sejukkan atas redai sediakan untuk dihidang 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails