Wednesday, August 17, 2011

Biskut Nestum

bahan-bahan
1 ketul butter atau margarine
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan nestum seisi keluarga
2 1/2 cawam tepung gandum
1 sk baking powder
1/4 garam halus
2 telur
2 sk vanilla essence
nestum secukupnya - untuk golek-golekkan @ sadur
ceri merah atau hijau secukupnya - potong

cara-cara
  1. ayak tepung gandum dengan baking powder dan garam, ketepikan,
  2. pukul butter dan gula hingga kembang, putih dan berkrim, masukkan telur dan vanilla essence, gaul rata, tuangkan nestum  selang seli dengan tepung, gaul dan uli hingga jadi sebiji doh
  3. sediakan besin size sederhana, taburkan sedikit nestum, secukupnya, terus bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari, buat banyak-banyak  terus golek-golekan atas nestum, pusing-pusingkan dalam besin tersebut supaya semua bebola kecil doh tersebut  lekat nestum
  4. terus susun atas dulang pembakar yang telah digris dengan minyak atau dilapik dengan baking paper, tekan sikit tengah doh dengan jari, letak ceri kemudian tekan ceri itu pula, terus  
  5. bakar pada suhu  180C selama 9-12 minit atau hingga secukup masak, sejukkan, hidangkan atau simpan dalam bekas kedap udara   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails