Monday, June 27, 2011

Orange Chiffon Cake


chiffon cake yang telah dipotong
 

bahan A (sukat bahan guna gelas matrik)
6 putih telur
50gm gula
1/8 sk cream of tatar


bahan B
6 kuning telur
50gm gula
1/3 gelas minyak masak
1/3 gelas isi oren & jus oren - keluarkan isi ruang dalam oren dengan sudu, lecekkan supaya fibernya berasingan
orange zest dari sebiji oren @  parutan nipis kulit luar orange yang berwarna oren dari sebiji oren


bahan C 
120gm tepung gandum
2 sk baking powder
secubit garam


cara-cara

  1. Panaskan ketuhar microwave oven pada suhu darjah 170C
  2. Ayak tepung dengan  baking powder dan garam, ketepikan
  3. pukul putih telur hingga berbuih, tuang gula pukul lagi sampai jadi meringue, taburkan  cream of tatar pukul lagi sampai meringue jadi putih dan kental, ketepikan
  4. pukul kuning telur dengan gula hingga gula larut, kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup balikan,  sambil itu tuang jus oren, diikuti minyak dan orange zest,  kaup balikan lagi hingga  rata dan licin
  5. akhir sekali masukkan separuh meringue tadi ke dalam adunan kuning telur, kaup dan balikkan hingga licin, terus tuangkan adunan ke atas meringue yang selebihnya, kaup balik lagi sampai licin, tuang pula dalam acuan chiffon cake yang tidak bergris, hentak-hentakan sedikit lebih kurang  2-3 kali
  6. bakar selama 50 minit ke 1 jam dan hingga secukup masak, sejukkan, keluarkan dari acuan, letak atas redai kek, potong, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails