Wednesday, June 15, 2011

Kuih Kasturi

bahan A
200gm kacang hijau - rendam selam 30 minit
750ml/ 3 caw air
1 helai daun pandan simpul
120gm/ 1/2 caw gula
50gm kelapa parut putih atau kelapa kering
25gm/ 2 1/2 sb tepung gandum
sedikit garam
bahan B batter
6 sb tepung beras
2 sb tepung gandum
1/4 sk garam
1/8 sk air kapur
100ml/ 1/2 caw air
cara-cara
  1. Rendam kacang selama 30 minit, basuh, rebus api perlahan kacang bersama daun pandan hingga ia lembut dan kembang selama 45 minit, keluarkan daun pandan, masukkan gula kacau hinga ia larut, masak lagi hingga 5 minit, kemudian masukkan kelapa, garam gaul rata, tepung gaul rata, masak lagi selama 5 minit, keluarkan dari periuk, sejukan adunan, kemudian bulat-bulatkan, leperkan, ketepikan
  2. Panaskan minyak, sediakan bahan B, gaul rata semua bahan, celup satu persatu kuih kasturi dalam batter, goreng dalam minyak penuh alih-alihkan hingga ia garing dan kuning keemasan, angkat, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails