Monday, June 6, 2011

Cendol


cendol dan ais cendol

bahan A  Cendol
10 helai daun pandan - blend halus dengan sedikit air  atau tumbuk halus, perah dgn air jadikan 500ml @ 2 cawan air daun pandan
6 sb mumbun tepung kacang hijau
4 sb mumbun tepung beras
sedikit perwarna hijau

bahan B  Sirap Gula Melaka
5 keping gula melaka - potong kecil-kecil
150ml @ 2/3cawan  air
1 helai daun pandan - koyakan & simpulkan

bahan C
400ml  @ 1 2/3 cawan santan
sedikit garam

bahan D
Ice Shaved @ ice cube

cara-cara
  1. campurkan  kesemua bahan A tepung kacang hijau, tepung beras dan air daun pandan dan sedikit pewarna hijau terus kacau dengan pemukul telur hingga tidak bergentel,  masak atas api sederhana kacau selalu dengan pemukul telur supaya ia licin dan tidak bergentel sehingga pekat selama 5 minit atau secukup masak, tuang adunan pekat  ke dalam acuan maruku, guna plate maruku yang paling halus, sediakan air  secukupnya  yang berisi  ais ketul secukupnya, tekan adunan di dalam air  ais tersebut hingga habis, ulangi hingga adunan habis,  ketepikan 
  2. untuk buat sirap gula melaka masukan gula melaka, daun pandan  dan air kedalam periuk yang sesuai, masak hingga gula larut , tapis dan ketepikan, 
  3. campurkan cendol bersama santan, air gula merah dan ais batu atau ice shaved, hidangkan segera     

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails