Tuesday, April 5, 2011

Non Bake Spinach & Shrimps Gratin


Bahan A
500gm macaroni

Bahan B
300gm isi udang segar
1 bawang besar – potong panjang
3 ulas bawang putih –dicincang
1 pack fresh shitake mushroom - potong
1 ikat japanese spinach @ bayam jepun - potong
sedikit garam & grind black pepper
olive oil, mentega atau minyak masak

Bahan C
1/2 block butter
2-3 sb tepung gandum
1 litter susu segar, fresh cream, evaporated milk or susu tepung
sedikit garam & grind black pepper

Cara-cara

  1. Bahan A - Rebus macaroni dalam air mendidih selama 10mint atau ikut instruction masa yang ditentukan dalam pack macaroni, bila sudah masak tos dalam penapis supaya airnya keluar dan ketepikan
  2. Bahan B - Panaskan olive oil, butter or oil, tumis bawang putih cincang hingga sedikit sahaja kekuningan, kemudian masukkan bawang besar biar ia layu sedikit sahaja, lepas itu udang dan mushroom, salt & pepper secukupnya, biar ia layu sedikit sahaja dan sederhana masak, tutup api dan ketepikan
  3. Bahan C - nyalakan api, terus letak butter dalam kuali atau frying pan biarkan ia cair sedikit, masukkan tepung gandum kacau dengan senduk atau pemukul telur, kacau lagi hingga lebih kurang berbuih, masukan pula sedikit demi sedikit susu kacau dengan senduk atau pemukul telur hingga habis, masukkan pula salt & pepper, tuang semua bahan B yang telah dimasak tadi, didihkan sehingga  ia mula sederhana pekat sikit sahaja, taburkan bayam jepun gaul rata, tutup api,  tuangkan kesemuanya dalam  casserole dan hidangkan

Friday, April 1, 2011

Butter Prawns

bahan-bahan
600 gm udang segar size besar
2 sb minyak bijan @ minyak masak
1 sk garam
1 sk gula
3 sb butter
1 biji kuning telur
5 biji cili burung (ikut suka dipotong atau guna sebiji)
3-4 pelepah daun kari
6 ulas bawang putih (dicincang)
1-3 s/b susu cair evaporated milk @ santan pekat @ susu segar @ fresh cream
sedikit lada hitam
sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara

  1. Udang digunakan seekor-ekor jangan dibuang kulit atau  disiang, basuh sahaja, keringkan airnya dalam penapis kemudia marinate dengan minyak, gula, dan garam, kacau sedikit peram selama 1/2 jam.
  2. Cincang bawang putih, hiris cili jika suka, kalau tidak guna sebiji2 cili burung.
  3.  Panaskan kuali bersama sedikit minyak masukkan udang balik2kan udang sebelah2 ke sebelah goreng udang setengah masak selama 1-2 minit kemudian kemudian keluarkan udang dalam kuali,  Basuh kuali yang sama jika tiada kuali lain, jika guna kuali yang sama tanpa membasuh terlebih dahulu dikhuatiri nanti tak jadi butter prawns yang diidam-idamkan, jadi sila ikut peraturan.
  4. Guna kuali yang lain dengan menggunakan api yang perlahan masukkan butter biar ia cair sedikit kemudian masukkan kuning telur, kacau ia sehingga berbuih sehingga sedikit sahaja kekuningan , masukkan bawang putih cincang, cili padi dan daun kari, masak sampai bawang putih naik bau, masukkan udang balik2kan hingga udang masak, masukkan susu cair, sedikit lada hitam dan ajinomoto jika perlu.
  5. Ikut citarasa masing2 terpulanglah samaada butter prawns jenis berkuah atau kering, ikutkan ikut resipi sebenar ia kering dan sedikit berhampas macam hampas kelapa atau serbuk nestum  

Milk Breads

bahan A (sila sukat bahan dengan gelas matrik)
*500gm tepung roti
*2 1/2 sk instant dry yeast
*4 sb  gula
*2 sk garam halus
1 telur size M - pukul sikit
1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk - kali ini  guna susu panas
4 sb rata bread spread

cara-cara
campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis  dan doh jadi  lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit,  buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar  2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk empat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, ulangi proses ini lagi 2 kali terus  letak dalam dulang pembakar  yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, gris dengan butter,  hidangkan

Cinnamon Raisin Rolls


bahan A (sukat bahan dengan gelas matrik)
*500gm tepung roti
*2 1/2 sk instant dry yeast
*4 sb  gula
*2 sk garam halus
1 telur size M - pukul sikit
1 2/3 gelas susu segar panas atau sejuk - kali ini  guna susu panas
4 sb rata bread spread

bahan B gaul rata  (t sukat bahan dengan gelas matrik) 
1/2 gelas soft brown sugar - saya skip gula cuma letak soft brown sugar sepenuhnya
1/2 gelas gula
2-3 sb cinnamon powder
3 genggam kismis - utk tabur atas doh

cara-cara
campurkan dan gaul rata semua bahan-bahan yang bertanda* dalam besin kaca yang sesuai, kuak-kuakan tepung, buat lubang ditengahnya, tuang susu, telur, gaul rata dengan sudip terus uli dengan tangan dan letak bread spread sedikit demi sedikit uli hingga habis  dan doh jadi  lembut, elastik dan tidak melekat pada tangan, bulatkan doh, tutup dengan plastic wrap, preheated microwave selama 3-5minit,  buka, masukkan doh, tutup oven biar ia mengembang, ulangi lagi 2-3 kali bagi ia jadi 2 kali ganda, tumbuk keluarkan anginnya, uli balik hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian, biar  2-3 minit kemudian canai nipis dan bentuk emapat segi panjang, lipat 3, gulung pula seperti loaf, canai lagi sekali, lipat balik 3 kali, canai balik hingga nipis bentuk empat segi panjang,  campurkan bahan B kecuali kismis, gaul rata terus tabur rata-rata atas doh, taburkan kismis, gulung kemas dan ketat, potong, letak dalam dulang pembakar  yang sesuai, biar ia mengembang lagi 2 kali ganda, bakar pada suhu 190 selama 15-20 minit atau hingga secukup masak bergantung pada saiz, hidangkan   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails