Friday, January 28, 2011

Apple Sorbet Ice Cream


Apple Sorbet Ice Cream
Bahan-bahan
4 biji fuji epal size sederhana
jus lemon atau jus limau nipis - ikut masam
200ml @ 1 gelas or jar materik gula putih
sedikit garam halus
300ml air sejuk

Cara-cara
buang kulit, potong 8, buang biji ditengah-tengahnya rebus dengan gula dan garam dahulu biar ia sedikit layu tujuannya supaya buah epal tidak bertukar warna, tuang air, terus masak sampai airnya kering, sambil itu lecek buah epal sampai halus, sementara menanti ia kering dan jernih tuang pula lemon jus, masak seketika atau tidak masak pun ok, cuma gaul jus lemon hingga sebati ke dalam puri epal, sejukkan, masuk terus dalam container bertutup dan bekukan dalam freezer, bila sudah beku serih atau gurih dengan garpu, bagi memudahkan lagi letak apple sherbet 7-10 minit dalam fridge supaya ia lembut dan senang untuk serih atau gurih apple sherbet dengan garpu, seterusnya ceduk dengan sudu atau senduk ice cream, sedia untuk dihidangkan

resipi dari member myresepi.com, katanya Apple sherbet aiscream
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
300ml air
50g gula
2 sudu besar lemon jus
1 biji epal

Cara-cara
  1. Kupas kulit epal dan potong kecik-kecik
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak sehingga epal jadi lembut. Biarkan sejuk.
  3. Masukkan ke dalam mixer. Mix sampai jadi bentuk puri
  4. Bekukan dalam freezer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails