Wednesday, October 6, 2010

Laksa Kuala Perlis

Laksa Kuala Perlis
Resepi asli Kuala Perlis...
Bahan-bahan ( 4 Org ) - sumber resipi member mry
1 Kg laksa beras
1 Kg ikan kembung
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) - aida letak cili serbuk ikut pedas10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - aida tdk ltk
1 batang serai di ketuk
1/2 inci lengkuas (ketuk)
Asam keping secukupnya
1 ketul gula 'Gherek' - aida tdk letakDaun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
Garam, Gula dan MSG secukup rasa
Air secukupnya
5 biji cili merah
Belacan sebesar ibu jari

Bahan Ulam
1 biji timun (potong lidi)
2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
10 biji cili api (potong bulat nipis)
Daun selom secukupnya (racik halus)

Cara-cara

  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails