Wednesday, August 4, 2010

Kuih Talam

Lapisan Bawah (Bahan A) - sumber resipi citarasawan blogspot.com
240gm gula merah
100gm gula pasir
250ml air(Satukan semua, masak dan jadikan sirap gula, sejukkan)

Bahan B
220gm tepung gandum
30gm tepung ubi
600ml air
1 Tbsp air kapur

Lapisan Atas
500ml santan KARA (aida ltk 2 pack kecil inst. coconut milk powder + 500ml air panas suam, kacau)
250ml air
120gm tepung beras
1 1/2 tsp garam halus
Loyang 8" empatsegi

Cara-cara :

  1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A bersama bahan B, gaul rata hingga licin dan tapis.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Leser loyang dengan minyak dan tuangkan lapisan bawah, Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Angkat dan cakar permukaannya dengan garpu.
  3. Lapisan Atas : Satukan bahan lapisan atas, tapis. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap sahaja, kemudian angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong dengan pemotong plastik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails