Thursday, August 26, 2010

Jejari Sambal Paru Goreng Kering

bahan A - rebus dengan air secukupnya
1/2 kilo paru - basuh, rebus hingga lembut, potong nipis memanjang, goreng dengan sedikit minyak hingga sedehana garing

bahan B - tumbuk atau blend
17 cili kering - basuh, rebus seketika hingga ia lembut, basuh balik, toskan, ikut pedas
1/2-1 biji bawang besar - bergantung pada size
3 ulas bawang putih
1/2" halia muda
sedikit air - jika blend bahan B

bahan C
sejemput soft brown sugar
sedikit ajinomoto
sedikit garam
sejemput asam jawa thailand - perah dengan sedikit air perah jusnya, ikut masam
sedikit minyak untuk menumis dan goreng paru

cara-cara
  1. Sediakan bahan A, basuh, rebus dengan air secukupnya, potong nipis memanjang seperti jejari, goreng bahan A, hingga garing, ketepikan, air rebus paru jgn dibuang guna untuk masak sambalnya.
  2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan B dengan sedikit minyak, air asam jawa, soft brown sugar hingga naik bau harum, tuang air rebusan paru tadi, masak hingga airnya kering & goreng lagi hingga naik bau wangi, taburkan sedikit ajinomoto & sedikit garam, goreng lagi hingga secukup masak, garing, kering dan pekat, padamkan api,
  3. Gaul paru yang telah digoreng tadi dengan sambal pekat hingga ia berpalut sepenuhnya, hidangkan dengan nasi panas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails