Sunday, August 29, 2010

Cucur Badak

bahan A (menghasilkan 12 ketul)
300gm ubi keledek
70gm tepung gandum
sedikit garam

bahan B Inti
1/2 kelapa parut putih - saya ltk 2 genggam kelapa kering
*4-5 biji cili merah, cili kering atau cili padi - tumbuk - saya ltk 2 bomb cili hijau (cili jenis paling pedas)
*segenggam kecil udang kering atau ikan bilis - basuh, tumbuk halus - saya ltk sejemput ikan bilis
*1/2 bawang besar - saya ltk 1/4 bawang besar
*1 sk kunyit serbuk
1 keping asam gelugur - saya ltk 1/2 keping asam keping
*2 batang serai - dihiris halus & nipis - saya ltk 1 batang serai separuh blend/tumbuk halus, separuh blend/tumbuk kasar
2 sb gula - saya ltk 2sb soft brown sugar
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit air - jika tumbuk dengan lesung batu
sedikit air - jika blend bahan-bahan

bahan C
minyak penuh secukupnya untuk menggoreng
12 ekor udang segar - untuk letak atas cucur badak mentah sebelum menggoreng

cara-cara
  1. sediakan bahan A - basuh, rebus tanpa garam dengan kulitnya sekali hingga empuk, buang kulitnya, lecek halus, biarkan ia suam dahulu, kemudian taburkan sedikit garam, gaul rata, tuang tepung, uli hingga hingga ia sebati dan tidak melekat pada tangan, bahagi kepada 12 bulat-bulatkan satu persatu, ketepikan
  2. Blend dengan sedikit air atau tumbuk dengan lesung jadikan paste bahan B yang bertanda * seperti diatas, masukkan dalam periuk, letak dalam periuk yang sama kelapa segar atau kering, masukkan asam gelugur, tuang air secukupnya, masak atas dapur hingga ia separuh kering, perasa dengan garam, ajinomoto dan soft brown sugar atau gula secukup rasa, ikut citrasa masing-masing, masak hingga kering, padamkan api, bahagi kepada 12 bahagian
  3. ambil satu dough, leperkan, masukkan intinya satu bahagian, balut kemas, bulat-bulatkan, leperkan, ulangi hingga habis, kemudian susun & tekan seekor udang atas setiap cucur badak mentah
  4. panaskan minyak penuh secukupnya, goreng guna api sederhana perlahan, goreng cucur badak hingga kuning keemasan dan secukup masak, toskan, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails