Saturday, August 28, 2010

Agar-Agar Santan

bahan-bahan
7gm agar-agar strips atau 1 bungkus kecil agar-agar strpis + 200ml air
200ml gula
300ml air
300ml santan pekat - saya guna santan cair dalam tin
secubit garam
1 sk pewarna merah
1 sk rose essence or 1 helai daun pandan simpul - saya guna rose essence

cara-cara
  1. basuh rebus agar-agar strips, masukkan 200ml air renih guna api sederhana perlahan masak agar-agar hingga agar-agar mendidih dan larut, campurkan gula dan secubit garam, masukkan hingga gula & garam cair, bahagi kepada dua bahagian periuk yang berasingan
  2. masak atas dapur bahagian pertama tuang 300ml air, pewarna merah, rose essence atau daun pandan simpul rebus hingga agar-agar larut sepenuhnya dan mendidih, jika guna daun pandan sila buang daun pandannya dahulu, jika guna rose essence terus tuang dalam dulang atau acuan yang disukai, biar ia sejuk dan mula membeku, ketepikan
  3. masak bahagian kedua, tuang 300ml santan pekat, rebus hingga mendidih, apabila agar-agar merah sudah membeku separuh beku, tuang bahagian kedua yang bersanta ini, diatasnya, sejukkan, bekukan, potong, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails