Thursday, April 1, 2010

Acar Ikan

bahan-bahan
2 ekor ikan segar
5 sb cuka
2 sb kicap cair jepun
1-2 sb soft brown sugar - agak-agaklah ikut selera masing-masing
2 sb air
4 hiris halia - mayang halus
1 bawang putih - mayang halus
1-2 cili kering - potong - ikut pedas
1/2 bawang besar size sederhana - mayang halus

cara-cara
  1. siang ikan, bersihkan, goreng dengan garam & serbuk kunyit jadikan ikan goreng, ketepikan
  2. campurkan cuka, kicap, soft brown sugar dan air masak hingga gula larut serta sedikit mendidih, tutup api terus letak cili kering, hirisan halia, bawang putih dan bawang besar, gaul rata terus curahkan atas ikan dan biar ia terendam dahulu selama 30 minit, alih-alihkan setiap 15 minit.
  3. jika perlu hias dengan carrot, daun bawang dan cili merah
  4. hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails