Thursday, March 25, 2010

Sotong Masak Kicap


bahan A
500gm sotong - potong
1/2-1 bawang besar - potong

bahan B (blend halus)
sejemput kecil lada hitam - lebih byk lada hitam lbh sedap
sejemput kecil jintan manis
sejemput kecil jintan putih
kulit kayu manis - 1"
1 1/2 kuntum bunga lawang
4-5 kuntum bunga cengkih

bahan C (blend halus)
halia sebesar ibu jari kaki
3 ulas bawang putih
1/2 bawang besar


bahan D
50ml kicap
1-2 sk serbuk kunyit
1 sb soft brown sugar
garam & ajinomoto secukupnya (jika perlu)
minyak untuk menumis secukupnya

cara-cara
  1. basuh, tumbuk atau blend bahan B hingga halus, bahagi dua, ketepikan
  2. tumbuk bahan C jadikan paste, bahagi dua
  3. masukkan separuh bahan B, separuh bahan C, serbuk kunyit, soft brown sugar dan kicap secukupnya ke dalam sotong, gaul rata, perap seketika, ketepikan
  4. panaskan minyak secukupnya, tumis separuh bahan B dan bahan C hingga betul-betul harum, masukkan sotong, goreng hingga harum, masukkan bawang potong masak lagi hingga bawang layu serta pecah minyak, pekat dan sedikit berkuah atau sedikit kering terpulang pada citarasa masing-masing, perasa dengan garam dan ajinomoto jika perlu
  5. hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails