Tuesday, March 16, 2010

Kuih Putu Kacang Soya

 

Bahan-bahan ( 1 balang kuih ) - sumber resipi member mry
  • 1 kg kacang hijau/soya (guna 150gm japanese kinako/instant tepung kacang soya yang telah disaring sudah jadi debu tepung)
  • 1/2 kg gula mesin halus (  guna 75gm gula putih or soft brown sugar yang telah dimesin halus)
  • acuan putu plastik atau kayu
  • balang kuih
Cara-cara
  1. Goreng kacang hijau atau soya dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
  2. Kemudian buang kulit kacang hijau atau soya dengan cara menumbuk dalam lesung besi. Kalau tidak ada lesung guna kacang hijau atau soya yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
  3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam tapis dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
  4. Kisar kacang hijau atau soya hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginka
  5. Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi
  6. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails