Wednesday, March 10, 2010

Kek Santan Vanilla @ Kek Santan Pandan

bahan-bahan 
  • 2 caw gula/granulate sugar
  • 2 cawan santan - pati santan dari sebiji kelapa parut (saya sub. dgn 1 pack kecil inst. coconut milk powder + 100ml air panas suam utk larutkan santan + 300ml fresh milk = 2 cawan)
  • 4 caw tepung gandum (saya sub. dgn 400gm inst. pancake flour = 4 cawan)
  • 15 helai daun pandan - blend halus, perah jusnya (saya sub. dgn 2 penutup vanilla essence)
  • 4 biji telur ayam
  • 4 sk baking powder (saya tidak letak sebab guna inst pancake flour)
  • perwarna hijau + kuning - untuk mencantikkan lagi warna kek santan itu
cara-cara
  1. Potong daun pandan blend halus, campurkan kelapa parut blend lagi, perah campuran kelapa dan daun pandan jadikan 2 cawan, ketepikan
  2. Pukul telur dan gula dengan menggunakan machine cake hingga naik kembang, putih dan pekat
  3. Masukkan tepung dan baking powder ayak sebanyak 3 kali berturut-turut (tidak perlu jika guna inst. pancake flour)
  4. Tuang vanilla essence, pewarna hijau + kuning, santan disekeliling tepi besin, adun kek sedikit demi sedikit berselang seli dengan tepung hingga habis
  5. Gris acuan dengan butter, bakar dalam oven pada suhu 180C, tingkat No. 1 dari bawah, bakar selama 30-45 minit hingga 1 jam atau kek masak secukupnya, test cucuk dengan lidi, keluarkan lidi, kalau licin bermakna kek dah masak, angkat dan sejukkan atas redai kek, bila sejuk potong dan hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails