Saturday, February 13, 2010

Kuih Cekmek Molek


bahan-bahan (12 biji)
300gm ubi keledek @ ubi kentang
35gm @ 1/4 caw tepung gandum
50ml @ 1/4 caw air panas
sedkit garam
gula secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara
kupas kulit ubi, basuh dan terus bungkus kemas dalam plastic wrap, preheat selama 5 minit, lecek ubi keledek, letak garam, masukkan tepung gaul dengan ubi keledek hingga ia bersatu, tuang air panas, gaul lagi hingga jadi sebiji doh, bahagikan kepada 12 bahagian, bulatkan, leperkan, letak satu sudu kecil gula ditengahnya, tutup doh dalam bentuk bujur, tekan dengan hujung jari sehingga kemas, ulangi hingga habis, goreng dalam minyak penuh dengan menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan, hidangkan

bahan-bahan (masak resipi ini seperti dlm gbr)
300gm ubi keledek @ ubi kentang
70gm @ 1/2 caw tepung gandum
sedikit garam
gula secukupnya

Cara-cara
Kupas ubi, potong-potong, rebus atau kukus hingga lembut, toskan dalam penapis dan buang kesemua air rebusannya, lecek ubi, masukkan sedikit garam dan gaul rata, campurkan tepung, uli hingga lembut, bahagi kepada beberapa bahagian yang disukai, bentuk bulat, leperkan, letak secukup gula ditengahnya, tutup atau bungkus dengan kemas supaya gula tidak berterabur apabila digoreng nanti, bentuk dan bujurkkan doh, goreng dalam minyak penuh hingga kuning keemasan dengan menggunakkan api sederhana perlahan, toskan dan hidangkan

Cekmek Molek
ambil dari blog citarasawan, source makyong member myresipi.com
Bahan-bahan
2 cawan ubi keledek di rebus dan dilecek
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng

Cara-cara
  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh adi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Doh tadi ditutup rapat dan bentukkan bujur.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails