Saturday, February 20, 2010

Keropok Lekor

bahan-bahan
400gm ikan mackerel/kembung/temenung @ apa-apa jenis ikan - fellet, buang tulang, korek dengan sudu isinya, buang kulitnya, blend halus
150-200gm tepung ubi kayu/sagu/tapioca flour
garam, ajinomoto secukupnya
segenggam ketulan ice - blend, untuk uli

cara-cara
lepas blend ikan, masukkan tepung ubi,garam, ajinomoto, uli dengan ice yang telah diblend sedikit demi sedikit hingga menjadi satu bola doh, uli lembut, agak-agaklah lembutnya, jgn terlalu lembut dan terlalu keras, kemudian bentukkan seperti keropok lekor, rebus dalam air mendidih tidak perlu letak garam nanti keluar semua pati air ikan, bila terapung angkat dan toskan, boleh dimakan begitu saja atau digoreng dengan minyak penuh hingga kuning keemasan.

Keropok Lekor
resipi dari jiya 14sept member myresipi.com katanya, Resipi dari nenek. Bahan² lebih kurang sama dengan resipi keropok lekor lain cuma ada beberapa bahan tambahan... Cara membuat pon agak lain skit..
Bahan-bahan ( - )
1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
1kg tepung ubi/kanji
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air
Cara-cara
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails