Saturday, February 6, 2010

Claypot Chicken Rice

bahan A
500gm ayam - potong kecil
1 labu bawang putih - dicincang
1 genggam ketulan halia - dicincang

10 keping cendawan hitam - basuh, rendam dalam air sejuk, kemudian gunting jgn terlalu nipis atau tebal, jgn buang air rendaman cendawan tersebut untuk dimasak dengan nasi

5 caw beras jepun - dibasuh dan di toskan, air untuk masak nasi ikut sukatan sendiri, bergantung pada beras,campur sekali dengan air rendaman cendawan diatas, cukup-cukup untuk masak nasi

1 kiub ayam - (optional)
1 sk gula (optional)
beberapa titik minyak bijan (optional)
kicap cair, kicap pekat, oyster sauce, ajinomoto,lada hitam crush secukupnya
minyak masak untuk menumis secukupnya

bahan B
daun bawang - potong halus
bawang goreng secukupnya

bahan C
ikan tenggiri masin secukupnya - jenis gebu,digoreng

bahan D Sos Kicap Cili Potong
cili merah, hijau atau cili padi - potong, letak sedikit kicap cair or nampla or kedua-duanya sekali, ketepikan


cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih & halia yang telah dicincang tadi , goreng hingga wangi dan kekuningan, masukkan oyster sauce, kicap, lada hitam , kiub ayam, ajinomoto, garam dan gula, perahkan sedikit cendawan, keluarkan airnya jangan terlalu kering, goreng dan kacau rata lebih kurang 1-2 min, ketepikan air rendaman cendawan tadi untuk masak nasi, masukkan pula ayam 2-3 min, goreng lagi hingga sedikit keputihan ,campurkan beras, goreng lagi hingga beras jernih, tuangkan air lebihan rendaman cendawan, dicampur dengan air secukupnya untuk menanak nasi, kemudian masukkan garam secukupnya,kacau nasi hingga kering dan terus tutup periuk
  2. Kalau guna electric stove lepas nasi kering, padamkan api terus tutup periuk, 2-3 min kemudian serih nasi itu dan hidangkan.
  3. Kalau guna dapur gas biasa pula, lepas masak nasi, tutup periuk, perlahankan api, bila dah masak serih nasi, hidangkan
  4. Atau lepas nasi kering masukkan ke dalam rice cooker, tekan button masaklah hingga kering & masak nasi itu, kemudian serih nasi, hidangkan
  5. Sekiranyanya nasi mentah lagi masukan dalam bekas kaca, wrap dengan plastic wrap masak dalam microwave oven preheat hingga masak, hidangkan.
  6. Hidangkan bersama bahan B, C dan D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails