Saturday, January 23, 2010

Kuih Pau

bahan-bahan (menghasilkan 8 biji kuih pau)
300gm tepung pau/pau flour- blue key brand
250ml air panas suam/luke warm water
1 1/2 sk dry instant yeast powder
1 sb gula
1 sk garam
1 sb bread spread butter, margerine atau butter

cara-cara

  1. Campurkan semua bahan seperti tepung, yeast, gula dan garam gaul rata
  2. Kuak-kuakkan tepung buat lubang ditengahnya kemudian tuangkan air panas suam satukan adunan jadi lebih kurang doh
  3. Masukkan butter sedikit demi sedikit, uli lagi hingga tepung jadi kental dan elastik, jika ia masih lagi melekat taburkan sedikit sahaja tepung uli lagi hingga ia tidak melekat pada tangan
  4. Tutup adunan dough dengan plastic wrap
  5. Rehatkan dough dan biar ia mengembang sebanyak dua kali ganda
  6. Tumbuk sedikit doh keluarkan anginnya, uli balik semula
  7. Bahagi dough kepada 8 bahagian, bulat-blulatkan, rehatkan seketika 3-5 minit
  8. Leperkan sebiji dough bulat kemudian masukkan inti ayam sebanyak 3 sb bumbun tekan inti ayam kemas-kemas dalam kulit kuih pau, tutup dengan kemas,
  9. Letakkan kuih pau mentah yang telah siap atas baking papper atau daun pisang yang telah disediakan, ulangi isi inti hingga habis
  10. Tutup kuih paun dengan kain lembab. Biar ia mengembang lebih kurang dua kali ganda
  11. Sediakan pengukus, rebus airhingga mendidih, ikat tudung pengukus kemas-kemas dengan kain bersih
  12. Susun beberapa biji kuih pau dalam dulang pengukus
  13. 1st. Tips kukus dengan menggunakkan api paling besar/maximum selama 10 minit, kemudian padamkan api, jangan dibuka tudungnya, biar seketika 2-3 minit kemudian baru buka tudung sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan keluarkan wapnya, tujuannya supaya permukaan kuih pau jadi tegang dan tidak berkedut setelah siap dimasak
  14. ulangi proses no. 13 hingga habis
  15. 2nd. Tips lebihan kuih pau bolehlah disusun dan disimpan dalam kain bersih didalam pengukus, tutup dengan kain biarkan begitu sahaja atau bleh disimpan dalam peti sejuk, bila nak makan panaskan dalam microwave 1 mint or kukus balik semula dalam pengukus.
  16. Sedikan sendiri inti ayam yang anda disukai.
Inti
bahan-bahan
  • 300gm ubi kentang - kupas, potong dadu
  • 150-300gm isi ayam - potong cube
  • 2 sb rempah kari daging + 2 sb rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar - 1/4 dicincang/tumbuk dan selebihnya dipotong dadu
  • 2 ulas bawng putih - dicincang
  • 3cm potong halia - dicincang
  • 1 sb kuib ayam serbuk (optional)
  • air secukupnya untuk masak ubi
  • sejemput kecil serbuk lada hitam
  • 1 sb jintan putih - ditumbuk halus
  • gula dan sedikit ajinomoto
  • daun sadri secukupnya - dihiris, jika tiada boleh juga ganti dengan daun bawang or daun ketumbar
  • sedikit minyak untuk menumis
cara-cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang cincang masak hingga ia kekuningan, masukkan rempah, air, rebus hingga rempah pecah minyak, campurkan kiub ayam goreng seketika, masukkan isi ayam goreng seketika, masukkan ubi kentang , gula dan ajinomoto tuang air secukupnya masak inti hingga ubi lembut dan kering, masukkan bawang cube, taburkan sedikit crush lada hitam, sebuk jintan manis, masak seketika dan bawang cube sedikit layu, taburkan daun sadri, ketumbar atau bawang, kacau rata, tutup api, sejukkan sedia dibalut dengan doh kuih pau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails