Tuesday, December 22, 2009

Masak Kicap Ikan Goreng Dengan Lemon

bahan-bahan
4 keping isi ikan + sedikit serbuk kunyit + sedikit garam
1/2 red capsicum/cili bengala merah - potong panjang
1/2 green capsicum/ cilili benggala hijau - potong panjang
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 bawang besar - dihiris
halia sebesar ibu jari kaki - dihiris
1/4 biji lemon
kicap manis ABC secukupnya
2 penutup kicap cair jepun secukupnya
minyak untuk goreng ikan dan untuk menumis secukupnya


cara-cara
  1. Goreng ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, jadikan ikan goreng, ketepikan
  2. Pijarkan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau, kemudian masukkan cili benggala merah dan hijau goreng lagi hingga separuh masak, tuang pula kicap manis ABC diikuti dengan kicap jepun goreng seketika hingga ia berpalut, tutup api, perah lemon kacau rata, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails