Tuesday, December 22, 2009

Kuey Teow



Bahan-bahan
425gm kuey teow kering – rebus hingga extended lembut yang dikehendaki, basuh & ketepikan
1 kilo kerang - 1/4 rebus, kopek ambil isinya
dua ikat daun kucai – potong 1” panjang
600gm taugeh - basuh dan toskan
2 biji telur - jadikan omelet, ketepikan
satu labu bawang putih - cincang atau ditumbuk halus
1 sk cili serbuk/paprika (jangan terlalu banyak nanti pedas)
sos tiram, kicap kipas udang, kiub ayam, sos tomato, cuka secukup rasa garam, gula, ajinomoto secukup rasa.
Sedikt minyak untuk mengoreng
bawang goreng
daun bawang & daun sadri
cili padi or cili hijau & merah
limau kasturi
Cara-cara
  1. Masak air, sementara menunggu air mendidih, basuh sebersih-bersihnya kerang segar tersebut, masukkan kerang dalam bekas yang berpenutup kemudian curahkan air yang sedang mendidih sehingga menutupi keseluruhan permukaan kerang tersebut, tutup dengan penutupnya, biar ia terendam & masak sehingga 1/4 masak selama 5-10min kemudian buang air panas, kopek kerang tersebut, ketepikan Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
  2. Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, kiub chicken, tomato sos, 1 st cili,1sb cuka, gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan fish cake, kuetiaw, kerang kacau hingga keseluruhan bahan berpalut,
  3. Masukkan pula dalam kuali yang berisi kuetiow yang sudah berpalut tadi tabur dengan daun kuchai kacau 1-2min taburkan pula taugeh 1-2min , akhir sekali taburkan telur masak hancur 1-2 min kacau, dalam masa yang sama yang sama masa tabur daun kuchai & taugeh jika kurang kicap tambah lagi biar sampai extended yang dikehendaki goreng lagi 1-2min kemudian tutup api.
  4. Hidang dalam pinggan hidangan dengan taburan bawang goreng, hirisan daun sadri & daun bawang, hirisan cili merah, limau kasturi belah dua, letak satu sebelah pinggan bila nak mula makan perah airnya tabur dalam pinggan & makan dengan sos kicap cili.
  5. Potong cili padi atau cili hijau bulat-bulat, belah dua limau buang bijinya, perah jus limau kasturi, kemudian masukkan kicap kipas udang kacau sedikit, hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails