Wednesday, September 2, 2009

Kuih Keria

bahan-bahan (menghasilkan 10 ketul kuih)
300gm ubi keledek
70gm @ 1/2 caw tepung gandum
sedikit garam
4 sb gula pasir + 3 sb air

cara-cara
Kupas ubi, potong-potong, rebus hingga lembut, toskan dalam penapis dan buang kesemua air rebusannya, lecek ubi, masukkan sedikit garam dan gaul rata, campurkan tepung, uli hingga lembut, bahagi kepada 10 bahagian, bentukkannya seperti gegelang, goreng dalam minyak penuh hingga kuning keemasan dengan menggunakkan api sederhana, toskan dan ketepikan, tuang minyak ke dalam bekas isi minyak, lepas itu guna kuali sama masukkan gula dan air, masak hingga ia bebuih dan sederhana pekat, tuangkan kuih keria/gelang ke dalam kuali, gaul rata kuih dengan gula, kecilkan api yang paling kecil sekali, kacau hingga gula kering dan berkerak, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails