Monday, September 14, 2009

Kuih Lompang


Kuih lompang Gula Merah - sumber resepi dari member myresepi.com
Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
Cara-cara
1. - satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
2. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
4. apis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
5. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

Kuih Lompang berbagai warna
resepi dari member myresei.com katanya, hmmm.. tatau ape nak ckp.. kuih tradisi yg jarang² didapati..
Bahan-bahan ( 40 - 45 biji )
½ paket tepung beras
1 cawan tepung kanji
air kelapa (diambil dari sebiji kelapa)
1 cawan gula pasir (leh dilebihkan sket jika suke manis)
2 helai daun pandan
sedikit air jika perlu
pewarna yg disukai
Cara-cara
1. gula pasir dimasak bersama air dan daun pandan sehingga larut. pastu disejukkan.
2. tepung kanji dan tepung beras dicampur lalu dimasukkan air gula yg disejukkan tadi serta air kelapa. kacau hingga rata dan tak bergentel.
3. sekiranya adunannya masih pekat, leh ditambahkan sedikit air. kacau rata. (kalo adunan tu tak melekat kat senduk, kira da ok la tu). adunan dibahagi 2-3 bahagian dan letakla pewarna yg disukai. kacau rata.
4. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan skejap dlm periuk kukus. kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
5. bolehla dimakan dgn kelapa parut putih yg digaul dgn sedikit garam. jika takde acuan, leh diganti dgn loyang.

Kuih lompang Daun Pandanresepi dario member myresepi.com katanya, Original resipi dari ibu tercinta
Bahan-bahan ( 30 biji )
3 cwn tepung beras
4 cwn air
1 cwn gula pasir
5 helai daun pandan
1 sdk pewarna hijau
kelapa putih ( untuk topping )
secubit garam halus
1 sdk air kapur
2 sdb tepung ubi / tepung jagung
Cara-cara
1. masak 2 cwn air dan gula sampai gula larut. ketepikan
2. Blend 2 cwn lg. air dengan daun pandan, tapis
3. Campurkan tepung beras dan tepung jagung/ubi
4. masukkan air gula yang dimasak, kacau sebati, air kapur dan masukan lagi campuran air pandan, kacau sebati
5. tuang kedalam acuan yang di lengser sedikit minyak.
6. Kukus selama 15 minit, apabila masak akan jadi lompang di tengah-tengah.
7. hiaskan dengan kelapa di tengah-tengah lubang lompang tu.
8. Tip: kelapa di kukus dgn. 1 helai daun pandan utk tahan lama. Bancuhan di tapis utk elak tepung bergentel.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails