Monday, August 17, 2009

Pati Calpis

bahan-bahan
450gm plain yogurt 
1 caw gula atau gula secukupnya

Cara-cara
  1. Masukkan yogurt dan gula ke dalam besin tahan panas
  2. Guna kaedah memasak cara double boiler Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan besin tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Sejukkan Pati Calpis yang telah siap dimasak. Bila ia sejuk, simpan di dalam peti ais.
  4. Semasa hendak minum, tambah air sejuk dalam peti ais ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi atau ikut kepekatan yang disukai atau selera masing-masing . Masukkan ketulan ais dan hindangkan
Pati calpis - sumber resipi member mry
Bahan-bahan ( anggaran 345g )
150g yogurt
150g gula
45g jus lemon

Cara-cara
  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails