Monday, August 17, 2009

Pudding Caramel With Fresh Milk & Fresh Cream


Bahan A Pudding based
6 biji telur ayam
400ml susu segar
100ml fresh cream
1 caw. gula putih

Bahan B Caramel
1/2 caw. gula
4 sudu air
Cara-cara
  1. Campurkan semua Bahan A didalam pengisar (blender) dan adun hingga sebati.
  2. Sambil itu panaskan gula untuk di jadikan kuah caramel di atas api kecil hingga sedikit kekuningan sahaja jangan keterlaluan nanti pahit pula rasanya, kemudian masukkan air panas masaklah ia hingga berbuih (seakan sedikit pekat). Masukkan kuah caramel ke dalam bekas kaca jernih dan di ikuti Bahan A yang telah dikisar hingga sebati tadi dan tuang perlahan-lahan disekeliling acuan yang hendak dikukus dan kukuslah menggunakan api sederhana sehingga masak. (Uji menggunakan sudu garpu di tepi mahupun ditengah puding tersebut jika tidak melekat bermakna ia sudah masak.
  3. Simpan didalam peti sejuk. Cara menghidangkannya keluarkan sekeliling dan tepi puding menggunakan pisau butter macam cara mengeluarkan kek yang sudah di masak. Terbalikkan puding tersebut, prosedure yang bercaramel mestilah diatas, potonglah mengikut kesukaan. Rasa puding menjadi lebih sedap serta enak jika disimpan/dibiarkan semalaman didalam peti sejuk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails