Friday, June 19, 2009

Kuih Keria



bahan-bahan
350gm ubi keledek - rebus dengan kulit
75gm/ 1/2 caw tepung
1/2 sk baking powder (optional)
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
gula secukupnya golekkan kuih keria atau sira gula kuih keria
cara-cara

bersihkan, rebus keledek bersama kulitnya hingga lembut, buang kulit, lecek, sejukan seketika, masukkan garam, tepung + baking powder gaul rata, bentukan ia seperti donut, panaskan minyak, goreng dalam minyak penuh, balik-balikkan hingga ia kuning keemasan, angkat, golekan atas gula, hidangkan

Sira Gula Kuih Keria- resepi asal dari cikgu masak saya, masa dulu-dulu saya belajar home science, inshallah duduk mana-mana pun boleh survived berkat dari asas belajar memasak never ending story begitu juga dgn agama, belajar, career, money, hidup dan lain-lain lagi, everythings in life must be balanced

bahan-bahan
4 sb gula
3 sb air

cara-cara
caranya masukkan dalam kuali gula dan air, masak hingga ia berbuih dan sederhana pekat, masukkan kuih keria kacau hingga gula kering dan berkerak dengan api paling kecil sekali, hidangkan

Kuih Keria Kentang

dapat resepi dari member myresepi.com, saya cuma olah sedikit caranya, rebus ubi dengan kulitnya sekali supaya ia tidak terlalu lembut dan berair

Bahan-bahan ( Menghasilkan 10 biji Kuih Keria )

300 gm ubi kentang anggaran 3 biji kentang size sederhana – direbus dgn kulit
1 cawan tpg gandum
sedikit garam
gula secukupnya untuk golekkan kuih keria

Cara-cara
1. Kentang dibersihkan, biarkan kulitnya, kemudian direbus tanpa garam hingga empuk. bagi mengekalkan rasa, bau aroma kentang tersebut
2. Buang kulit kentang, kemudian lenyek kentang, biarkan ia suam seketika
3. Masukkan, garam dan tepung didalam adunan. Uli hingga sebati.
4. Kemudian dibentuk spt gelang dan goreng hingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan minyak.Kemudian gaul dgn gula atau disira spt keria biasa.
6. Petua: Ketika membentuk adunan tersebut tgan hendaklah sntiasa basahkan dgn air utk mendptkan bntuk keria yg cantik dan licin serta adunan tidak melekat ditgan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails