Monday, May 25, 2009

Tempura & Dipping Sauce




Bahan A
3/4 gelas tepung gandum

vegetable or seafood secukupnya
1/4 caw tepung jagung - untuk bedakankan vegitable or seafood sahaja

Bahan B
1 gelas air sejuk dalam peti sejuk } campurkan kacau rata, jangan pukul
1 biji telur }

1 cuka putih
4 ketul ice cube

Bahan C Dipping Sauce
3 sudu Japanese soy sauce/ kicap cair jepun + 3 sb air masak
1 sk gula
1 sk hondashi - tak letak pun tak apa


Cara-cara

1. Bedak-bedakan vegetable or seafood, ketepikan

2. Masukan tepung dalam besin, ketepikan

3. Campurkan 1 gelas air sejuk dalam peti sejuk bersama telur, kacau rata, sebati dengan garpu sahaja, jangan dipukul bahan ini, ketepikan

4. Campurkan bahan C, ketepikan, Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng

5. Kuakkan tepung, buat lubang ditengahnya, masukan air bercampur telur kacau rata sahaja tepung dengan pemukul telur, jangan pukul adunan tersebut, masukan cuka, kacau rata, akir sekali letakan ice cube kacau rata, celup bahan yang telah dibedak tadi dalam adunan ini, gorenglah tempura ini pada suhu 170C panas minyaknya balik-balikan setiap 30 saat, masa menggoreng satu tempura lebih kurang satu minit, segera hidangakan dengan sos tempura

6. Tips untuk luruskan udang, buang kulit, tinggal ekornya, kelar sedikit sahaja dengan pisau di bahagian bawah udang, jangan kelar terlalu dalam, kelar sikit sahaja bawah badan udang,sebanyak 3-4 kelar, lepas itu kepak badan udang jangan putus, bila digoreng menghasilkan udang lurus seperti gambar diatas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails