Monday, May 25, 2009

Tandoori Chicken


hidangkan bersama sepotong limau atau lemon, sesuai dimakan dengan nasi panas atau naan bread, saya tambah 2 sb serbuk jintan putih untuk menyedapkan isi ayam akan jadi bertambah lebih sedap lagi, cara membakar pun penting juga ikuti step seperti dibawah

Bahan A
1200gm or 4 ketul peha ayam sekali dgn drumsticks - basuh, dibuang kulit, keringkan dgn disposabal tissue kitchen towel, cucuk dgn garpu, ketepikan
ataupun
1200gm seekor ayam - dipotong 4,basuh, dibuang kulit, keringkan dgn disposabal tissue kitchen towel, cucuk dgn garpu, ketepikan

Bahan B Perap/Marinade
6 bawang putih tumbuk atau garlic powder
1 1/2" halia tumbuk atau ginger powder
4 sk serbuk cili/paprika powder
4 sk garam masala
4 sk serbuk jintan putih
2 sk garam
2 sb air limau atau lemon
4 sb plain yogurt/ yogurt kosong
3 sb olive oil atau minyak masak

cara-cara

1. Sediakan bahan A ketepikan.

2. Sediakan bekas yang bertutup untuk perap ayam, masukkan paste bawang putih dan halia, serbuk cili, garam masala,jintan putih, garam, jus limau, yogurt dan minyak gaul rata, ambil satu persatu bahagian ayam sapu keseluruhan atas & bawahnya dan sekelilingnya, tutup peha ayam dengan ramuan ini, tutp hingga isi ayam tidak kelihatan, susun dan letakkan ke dalam bekas, ulangi hingga habis, tutup bekas, ketepikan, marinade selama2-3 jam dalam peti sejuk, tips berguna, lebih lama marinade ayam lebih bagus, ayam jadi lembut, segala rempah masuk ke dalam isi ayam, bila dibakar rasanya jadi lebih sedap

3. Boleh dibakar menggunakan arang, bara arang banyak buat ayam cepat masak, masa membakar singkat.

4. Smoke grill stove/dapur tempat bakar ikan, api smoke grill kuat kuat ayam cepat masak, kalih-kalihkan masa membakar pun tidak lama

5. Goreng dalam kuali dengan sedikit minyak,guna api sederhana, kalih-kalihkanlah selalu hingga ia masak perang kekuningan

6. Grilling/bakar dalam oven pada suhu maximum 250C, tingkat No. 3 dari bawah ke atas, bakar lebih kurang 10 minit bahagian atas, kalih atau terbalikan ayam dibahagian bawah ke atas pula bakar selama 10 minit, ulangi hingga masak, agak-agaklah, bila masak angkat , hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails