Monday, May 25, 2009

Squip Ink Spaghetti


bahan A
500gm dry spaghetti

bahan B
1 pack squip liquid/cuttle fish, calamari liquid/ dakwat sotong
1 ekor sotong size besar/calamari/cuttle fish
1 tin dice/dadu tomato atau 2 biji tomato - potong dadu
1/2 labu bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - potong dadu
4 halal sausage
1 pack mushroom
1 kiub ayam
2 cili kering - kepak 2
sedikt lada hitam
garam secukupnya
telur rebus
sweet basli leave/daun selasih, kemangi - potong
oregano
olive oil secukupnya untuk menggoreng

cara-cara

1. Didihkan air hingga mengelegak, Rebus spaghetti jangan ikut pack yang tertera, guna api paling kuat, spaghetti mesti rebus keras, supaya rasanya lebih sedap dan tidak kembang, orang italy pun rebus macam itu. Bila dah masak , masukkan dalam penapis, keluarkan airnya, ketepikan.

2. Panaskan olive oil secukupnya, masukkan bawang putih, sausage, bawang besar, cili kering, goreng hingga naik bau dan kekuningan, taburkan kiub ayam, tuangkan squip liquid kacau hingga naik minyak, campurkan cendawan, goreng sedikit layu, masukkan pula tomato dalam tin atau segar, tambah lada hitam, garam dan oregano, separuh sweet basali gaul rata, masak hingga pekat, masukkan pula sotong, gaul rata, jgn masak sotong terlalu lama nanti keras

4. Akhir sekali masukkan spaghetti, goreng hingga berpalut, taburkan separuh potongan daun selasih/kemangi masukkan ke dalam kuali,gaul rata hingga mesra, tutup api, ketepikan

6. Hidangkan dalam pinggan, tabur lebihan daun basli dan letak potongan telur, susun dalam pinggan hidangan, siap untuk dimakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails