Thursday, May 21, 2009

Murtabak Madu

Bahan A - Perap
300gm daging/ayam cincang
1sb Madu
2sb olive oil atau minyak 
1 sk garam gaul rata

Bahan B - Doh
1 1/2 cawan tepung + 1 sb gula + 1/2 sk garam - gaul rata
2 sb mentega
1/2 caw susu


Bahan C - Inti
4 biji bawang besar - potong dadu
1" inci halia + 3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sb serbok jintan manis/fennel + 2 sb serbok jintan putih/cumin
1 sk serbok cili/ paprika + 1 sk serbuk lada hitam
3 sb daun sadri atau daun ketumbar/coriander + 1 biji cili hijau - potong
1 sk gula & ajinomoto
4 sb minyak utk menumis


Bahan D (menghasilkan 5 keping)
5 biji telur - sebiji telur dipukul sedikit, campur dengan 1 bhg inti, utk 1 bhg doh yg telah dicanai, balut & bakar dgn api sederhana, siap & hidangkan

Bahan E - Jeruk Bawang bercuka
1 biji bawang besar - buang kulit, belah dua, potong memanjang & dihiris nipis
2 sb cuka 2 sb air masak + gula & garam secukup rasa + 1 titik warna merah – di gaul dan ramas bersama bawang diatas.

Cara-cara
  1. Perap bahan A seperti di atas dan ketepikan
  2. Campurkan Bahan B seperti diatas gaul rata tepung, garam & gula kemudian masukan mentega ceraikan mentega dengan jari, masukkan susu, gaul dan uli doh hingga tidak melekat pada tangan, bahagi 5 sapu setiap biji dengan minyak, rehatkan doh dalam dulang dan ketepikan
  3. Sediakan initi seperti di atas, panaskan minyak tumis pes halia & bawang putih tumbuk, bila naik bau, masukkan 1/2 bahagian bawang dadu, biar layu seketika, masukan pula bahan A, masukan serbuk cili, jintan manis, putih, lada hitam, gula & ajinomoto masak separuh kering , masukan pula lebihan bawang dadu & cili potong, goeng hingga kering, akhir sekali daun sadri, sejukan dalm bekas, bahagi 5 inti, ketepikan
  4. Gaul dan ramas sedikit Bahan E, ketepikan
  5. Tebar atau canai doh dahulu dalam sebuah dulang besar, sediakan Bahan D seperti diatas pukul sedikit sebiji telur gaul dgn 1 bahagian inti gaul rata, letak bahan gaul tadi ditengah-tengah tepung yang sudah ditebar tadi bungkus kemas, bakar atas,bawah dengan api sederhana, hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails