Saturday, May 23, 2009

Lompong Sagu

Bahan A1 gelas sagu biji
2 1/2 gelas air
1 helai daun pandan - koyak, simpulkan
1 sk air rose - kalau tdk ada daun pandan, sesuai dgn warna merah
1/2 gelas gula
garam secukup rasa
perwarna hijau, merah atau kuning secukupnya - pilih salah satu

Bahan B Tabur
kelapa parut putih + sedikit garam atau
desicated coconut/kelapa parut kering - saya guna kelapa kering tdk letak garam

Cara-cara
Masukkan daun pandan, didihkan air hingga mendidih dan mengelegak, dalam masa yang sama, basuh sagu dalam penapis keluar air, tuangkan sagu ke dalamnya & biarkan sekejap, kacau hingga jernih dan pekat masukan pula pewarna, kacau hingga jernih & agak kering, campurkan gula, garam dan air rose, kacau sehingga sagu masak, jernih, likat, pekat serta tidak melekat pada periuk, keluarkan dari periuk, masukan dalam dulang, bila sejuk potong, golek-golekan diatas kelapa parut dan hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails