Wednesday, May 20, 2009

Kuey Teow

Hidangan bagi 4 orang

Bahan A - (Penyediaan Bahan Basah & Kering)
500gm Kuey Teow basah – relai2kan supaya ia tidak melekat
Atau
250gm Kuey Teow kering – rebus hingga extended lembut yang dikehendaki, ketepikan
2 sudu besar bawang putih - tumbuk halus
150gm Daun Kuchai – potong 1” panjang + 200gm Taugeh - basuh
1 fish cake empat segi memanjang yg dah siap digoreng – potong jgn terlalu nipis
1 sudu teh rata cili serbuk/paprika (jangan terlalu banyak nanti pedas)
Sos tiram, kicap cap kipas udang, kiub ayam, sos tomato, cuka secukup rasa garam, gula, ajinomoto secukup rasa. Sedikt minyak untuk mengoreng

Bahan B - (Persediaan Kerang, cara-caranya diperenggan No. 1)
500gm Kerang Segar (saya suka sediakan kerang cara sebegini)
Atau
200gm Isi Kerang Segar - dibasuh

Bahan C - (Omelet/Telur Masak Hancur)
2biji Telur + Garam + Sedikit minyak – buat omelet paling lembut, jgn terlalu keras

Bahan D - (Sos Kicap Cili)
Cili Padi atau cili hijua + 1 biji limau kasturi + 3sb Kicap Kipas Udang
Bahan E - (Bahan Tabur)
Daun Sadri & Daun Bawang potong , Bawang Goreng, Limau Kasturi serta Cili Merah potong

Cara-cara
  1. Masak air, sementara menunggu air mendidih, basuh sebersih-bersihnya kerang segar tersebut, masukkan kerang dalam bekas yang berpenutup kemudian curahkan air yang sedang mendidih sehingga menutupi keseluruhan permukaan kerang tersebut, tutup dengan penutupnya, biar ia terendam & masak sehingga 1/4 masak selama 5-10 min kemudian buang air panas, kopek kerang tersebut, ketepikan
  2. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
  3. Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, kiub chicken, tomato sos, 1 st cili,1sb cuka, gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan fish cake, kuetiaw, kerang kacau hingga keseluruhan bahan berpalut,
  4. Masukkan pula dalam kuali yang berisi kuetiow yang sudah berpalut tadi tabur dengan daun kuchai kacau 1-2min taburkan pula taugeh 1-2min , akhir sekali taburkan telur masak hancur 1-2 min kacau, dalam masa yang sama yang sama masa tabur daun kuchai & taugeh jika kurang kicap tambah lagi biar sampai extended yang dikehendaki goreng lagi 1-2min kemudian tutup api
  5. Hidang dalam pinggan hidangan dengan taburan bawang goreng, hirisan daun sadri & daun bawang, hirisan cili merah, limau kasturi belah dua, letak satu sebelah pinggan bila nak mula makan perah airnya tabur dalam pinggan & makan dengan sos kicap cili
  6. Potong cili padi atau cili hijau bulat-bulat, belah dua limau buang bijinya, perah jus limau kasturi, kemudian masukkan kicap kipas udang kacau sedikit, hidangkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails