Thursday, May 21, 2009

Frozen or Fresh Fruits Lassi




Bahan-bahan ( 2-4 orang )
 300ml/400gm plain yogurt/yogurt tanpa perisa - jenis pekat, bukan cair
300ml/400gm air masak - dalam peti sejuk
225gm frozen fruits, fresh fruits, jem, carrot – lebih atau kurang pun tak apa
gula atau madu secukupnya
secubit garam
Buah segar tempatan atau luar negara, mixed fruits, frozen fruits, jem perisa buah2an atau carrot secukupnya, secubit jintan putih & daun pudina (pilih salah satu lassi yang hendak dibuat Plain Lassi or Honey Lassi, Indian Lassi or Peppermint Lassi, Frozen or Fresh Fruits Lassi)

Cara-cara

1. Plain Lassi - Campur yogurt, air, secubit garam dan gula, blend seketika dalam masa 3 saat, hidangkan. (Honey Lassi - sama juga tidak perlu tambah gula)

2. Indian Lassi - caranya sama seperti penyediaan No. 1 , original resepi tidak mengunakkan gula, yogurt & air, masukkan secubit jintan putih & garam, blend halus, hias dengan daun pudina dan taburkan beberapa biji jintan putih ke atas lassi, hidangkan (Peppermint Lassi sama juga tidak perlu tambah gula caranya cuma blend sedikit daun pudina, bagi sesiapa yang suka manis boleh juga ditambah sedikit gula untuk kedua-dua lassi ini, ikut selera masing-masing)

3. Frozen Fruits Lassi - frozen fruits seperti strawberry, blueberry, raspberry atau mixed berries, caranya menyediakannya sama seperti No. 1, masukkan semua sekali, blend sampai halus, hidangkan

4. Fresh Fruits Lassi - seperti buah mangga, jambu, nenas, apple, orange dan lain-lain lagi, caranya membuatnya sama seperti penyediaan No. 1, masukkan semua sekali, blend sampai halus, hidangkan[x]

5. Kalau buah jenis manis atau tawar, perah sedikit air limau kasturi, limau nipis atau lemon untuk menambahkan kesedapannya, kalau tak ada pun tak apa

6. Jika suka masukkan 2-3 ketulan ais sebelum dihidangkan

7. Tambah yogurt, misal kata ia cair dan terbahagi kepada 2 bahagian. Inshallah kalau ikut resepi ini betul-betul ia akan menghasilkan lassi yang amat sedap bertambah pula apabila ditambah dengan ketulan ais, percayalah ia tidak akan terbahagi kepada 2 bahagian., kalau tak percaya cubalah

8. Anda boleh juga buat frozen fruits sendiri dirumah, cadangan, frozen strawberry buatan sendiri adalah 100% natural extract atau dikenali sebagai puri pati buah, rasanya lebih sedap kalau kita nak buat lassi atau jem, kalau buat dengan fresh strawberry lassi thin taste. Cara buat frozen strawberry, bersihkan, buang tampuknya, keringkan, masukkan kesemuanya sekali dalam plastic zip lock, tutup zipnya simpan dalam freezer , lepas frozen sedia dimakan pada bila-bila masa sahaja. Frozen fruits ini boleh tahan lama dalam setahun jika disimpan dalam freezer.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails